Tuesday, March 25, 2014

Malaysia & dunia menangisi nasib MH370



 Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar !!

Sesungguhnya aku sengaja xnk update apa2 entry brmula dr last enry aku smpai laa arini. Hal ni disebabkan ak mghormati isu semasa yg mnjadi tumpuan dunia..ya..kehilangan pesawat MH370. Hari ini ak update entry blog ak sbb berita trkini mengesahkan pesawat MH370 telah melakukan penerbangan yg berakhir di Lautan Hindi..

http://www.astroawani.com/news/show/kronologi-kehilangan-mh370-31611 utk kronologi kehilangan MH370

Rentetan drpd itu, setelah 17 hari rakyat Malaysia & dunia menanti berita MH370, akhirnya dengan dukacitanya PM Malaysia telah mengumumkan status MH370 seperti didalam Sinar Harian....

..""Berdasarkan maklumat yang diterima, saya dengan dukacitanya memaklumkan penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi,"

"Maklumat ini telah diterima dan dianalisis AAIB berdasarkan data satelit yang disalurkan oleh Inmarsat," katanya dalam persidangan media hari ini.

Menurutnya, berdasarkan teknik analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan sebegitu, mereka mendapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Beliau berkata, data terbaru menunjukkan MH370 telah meneruskan penerbangannya ke koridor selatan dan hilang di pertengahan Laut Hindi di barat Perth.

"Kawasan ini terpencil, jauh daripada sebarang kawasan yang boleh dilakukan pendaratan," kata Najib lagi.


Aku cuba meletakkan diri aku di tempat krew kabin & penumpang2..
  1. Apakah nasib aku selepas ni? 
  2. Hidup kah tp dimana kapal ni akan mndarat?
  3. Adakah dia akan mndarat dengan selamat?
  4. Akan terhempas ke kapal ni?
  5. Peluang aku untuk hidup? 

dan yg pasti..3 benda ni aku risau utk memikirkan...
- sempat kah aku untuk memohon ampun kpd Allah, ibu bapa, rakan2 & sesiapa jua
- banyak mana pahala utk aku bawa bekal andai aku mati
- Dosa aku ini sempat ke utk aku tebus?

MasyaAllah! Tak terlintas difikiran...andai aku sama2 dikalangan mereka2
Nak telefon kuarga, mgkin xde talian
Pada siapa lg nk aku sampaikan pesan2 amanat2 wasiat2 yg berderet? Melalui apa? emel? sms? whatssup? 
Aku brsyukur mnjadi umat Muhammad.
walau ajal telah smpai, ak tahu aku msih ada Kau ya rabbi..tempat terkahir aku utk berserah..Akan aku utuskan segala pesananku kpdmu YA Allah...krn aku tahu, aku prcaya kembalinya aku, hanya disisi Mu..yg abadi, azali...

YA ALLAH YA RABBI...Aku insaf diatas bencana ini ya Allah...

Andai benar jasad mereka telah ditakdirkan dibawah perut bumi ini (lautan), abadikan mereka dengan penuh kemuliaan...sesungguhnya aku brharap sgt2 akan keajaiban..semoga ada sesuatu yg boleh mnjelaskan misteri kehilangan pesawat ini...Jika tidak, aku redha...misteri ini mgkin akan terkubur selamanya brsama2 mereka...Misteri yg x kan terungkai oleh siapa2...mgkin juga hingga tibanya tiupan sangkakala...



 



No comments: