Friday, September 20, 2013

Ujian personaliti??

haaa ni ak saje2 cuba test personaliti. Tgh2 dok usha resepi biskut coklat cip, trjmpa plak ujian prsonaliti ni. Soalan cmpur..nah ni dia result test 2..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda Penyelaras (Harmonizer)

Anda sensitif dan bertimbang rasa, seorang yang penyayang secara semula jadi. Anda mempunyai pandangan yang amat seimbang tentang sesuatu perkara, dan rakan-rakan anda tahu yang mereka boleh bergantung pada anda untuk nasihat berguna dan sokongan.

Anda mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang. Anda mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak pengalaman baru.
Anda kelihatan cukup selesa dengan keadaan anda sekarang—baguslah! Anda pastinya mempunyai sikap yang amat santai. Bukan mudah untuk membuatkan anda tertekan.

Sebagai Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang terbaik. Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario.

Ingat, anda tidak bersendirian. Penting untuk anda membenarkan diri anda berkongsi perjalanan hidup dengan orang-orang yang menyayangi anda. Sentiasa bersikap terbuka dengan orang yang rapat dan yang anda sayangi dan pastikan anda merebut peluang untuk bersama keluarga bila-bila masa yang anda boleh, kerana ia adalah sumber kekuatan dan inspirasi bagi anda.

Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.

Anda pastinya paling gembira apabila anda berasa kedudukan anda mantap dan selesa. Bagi anda tanda sebenar kejayaan adalah kebahagiaan rumah tangga dan dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga. Ia adalah tumpuan utama dalam hidup anda, dan pusat segala aspirasi anda

Tuesday, September 10, 2013

Feeling Heaven: moOD in Love

OMG!! Rasanya lme gila ak x update entry brkaitan cinta2 bagai..hahaha well kita x de la mcm setengah org asik nk citer pasal cinta kawen bgai..heheh tp seriously ak betul2 in mood love..













Ok..abaikan gmbo yg sebelah hantaran 2..cewahhh ni tesing namanyer..hikhik..Ok2 x taw nk stat dr mana tp honestly ak mmg tgh heaven. Mybe laa ini yg dinamakn da smpai seru. Knp? sbb ak rse ini adalah hubungn yg direstui Allah. Spanjang ak kwn dgn dia, alhamdulillah semuanya brjalan lancar. Klo ad masalah pn mcm mslh 2 cpt je setel.

Xde plak ak nk mengongkong dia. Mmg betul dia muda 2thn dr ak tp syukur sgt2 kematangan dia bleh mmbimbing ak walaupun adakalanya ak brperangai cm bdk2. Dan apa yg paling best kami brmula sbg kawan.Kwn yg bisa mengutuk & dikituk depan2. Haha xde nk sentap2 hokey. 

Kwn dan kenal sbnrnya da lme. Ak pn jenis pasrah. X mharap andai dia jodoh ak. AK biar ikut flow. Bkn mndesak atau mengongkong tp ak lbh suka klo ak taw arah tujuan yg sbnr.Klo serius, better he know the future plan. Bkn ckp ye..thn dpn kawen..thn dpn kita tunang laa...hello i da masak sgt ayat2 nih..kasanova!

TP! bila si dia ckp psl kawen, risik, tunang...ak plak yg gelabah. ahhahaa poyo kn. Bila xde trhegeh2 cari, ble da dpt..da cm org gila..Apapun ak harap semua nyer ak jd kenyataan dgn iziNya..

Ijat aka ijatgemok..thx for being my fren, my lover..hope our destiny will be come true :)