Friday, September 20, 2013

Ujian personaliti??

haaa ni ak saje2 cuba test personaliti. Tgh2 dok usha resepi biskut coklat cip, trjmpa plak ujian prsonaliti ni. Soalan cmpur..nah ni dia result test 2..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda Penyelaras (Harmonizer)

Anda sensitif dan bertimbang rasa, seorang yang penyayang secara semula jadi. Anda mempunyai pandangan yang amat seimbang tentang sesuatu perkara, dan rakan-rakan anda tahu yang mereka boleh bergantung pada anda untuk nasihat berguna dan sokongan.

Anda mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang. Anda mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak pengalaman baru.
Anda kelihatan cukup selesa dengan keadaan anda sekarang—baguslah! Anda pastinya mempunyai sikap yang amat santai. Bukan mudah untuk membuatkan anda tertekan.

Sebagai Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang terbaik. Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario.

Ingat, anda tidak bersendirian. Penting untuk anda membenarkan diri anda berkongsi perjalanan hidup dengan orang-orang yang menyayangi anda. Sentiasa bersikap terbuka dengan orang yang rapat dan yang anda sayangi dan pastikan anda merebut peluang untuk bersama keluarga bila-bila masa yang anda boleh, kerana ia adalah sumber kekuatan dan inspirasi bagi anda.

Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.

Anda pastinya paling gembira apabila anda berasa kedudukan anda mantap dan selesa. Bagi anda tanda sebenar kejayaan adalah kebahagiaan rumah tangga dan dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga. Ia adalah tumpuan utama dalam hidup anda, dan pusat segala aspirasi anda

No comments: